Terma & Syarat
Sebahagian daripada suplemen kesihatan dan kecantikan yang ditawarkan di sini mungkin mengandungi bahan terkawal di negara anda. Sebelum mengesahkan pembelian, sila semak peraturan kastam negara anda. CellLabs tidak akan bertanggungjawab atas sebarang isu yang timbul berkaitan pelepasan kastam.
Duti import, cukai, dan caj sedemikian tidak termasuk dalam harga barang atau kos penghantaran. Pembeli bertanggungjawab untuk semua duti, cukai, perbelanjaan lain, dan yuran formaliti kastam setelah barang dihantar.
CellLabs (“CellLabs”) adalah pemilik dan pengendali laman ini. Akses ke dan penggunaan laman web ini dan produk serta perkhidmatan yang tersedia melalui laman web ini (secara kolektif, “Perkhidmatan”) tertakluk kepada terma, syarat, dan notis berikut (“Terma Perkhidmatan”). Dengan menggunakan Perkhidmatan ini, anda bersetuju dengan semua Terma Perkhidmatan, yang mungkin akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Anda digalakkan untuk sentiasa menyemak halaman ini untuk melihat sebarang perubahan yang mungkin kami buat pada Terma Perkhidmatan.
Akses ke laman web ini dibenarkan sementara, dan kami berhak menarik balik atau mengubah Perkhidmatan tanpa notis. Kami tidak akan bertanggungjawab jika, atas sebarang sebab, laman web ini tidak tersedia pada bila-bila masa atau untuk sebarang tempoh. Pada masa tertentu, kami mungkin mengehadkan akses ke beberapa bahagian atau keseluruhan laman web ini.
Laman web ini mungkin mengandungi pautan ke laman web lain (“Laman Terpaut”) yang tidak dikendalikan oleh CellLabs. CellLabs tidak mempunyai kawalan ke atas Laman Terpaut dan tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang mungkin timbul daripada penggunaan anda terhadapnya. Penggunaan anda terhadap Laman Terpaut akan tertakluk kepada terma penggunaan dan perkhidmatan yang terdapat di setiap laman tersebut.
Sebarang penyalahgunaan laman web ini adalah dilarang sama sekali. Anda tidak boleh:
- Melakukan atau menggalakkan kesalahan jenayah;
- Menghantar atau mengedarkan virus, trojan, worm, bom logik, atau bahan lain yang berbahaya secara teknologi, melanggar keyakinan, atau dalam apa-apa cara yang menyinggung atau lucah;
- Menggodam mana-mana aspek Perkhidmatan;
- Merosakkan data dalam apa jua bentuk;
- Menyebabkan gangguan kepada pengguna lain;
- Melanggar hak milik orang lain;
- Menghantar sebarang bahan iklan atau promosi yang tidak diminta, biasanya dirujuk sebagai “spam”;
- Atau mencuba untuk mempengaruhi prestasi atau fungsi mana-mana kemudahan komputer di atau diakses melalui laman web ini.
Melanggar sebarang butiran dinyatakan akan dianggap sebagai kesalahan jenayah, dan CellLabs akan melaporkan sebarang pelanggaran tersebut kepada penguatkuasa undang-undang yang berkaitan di mana kami berhak mendedahkan identiti anda kepada mereka berdasarkan dasar undang-undang termaktub.
Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh serangan penolakan perkhidmatan teragih, virus, atau bahan berbahaya secara teknologi yang lain yang mungkin menjangkiti peralatan komputer, program komputer, data, atau bahan milik lain anda akibat penggunaan laman web ini atau muat turun sebarang bahan yang disiarkan di atasnya, atau di mana-mana laman web yang dipautkan.
Hak harta intelek dalam semua perisian dan kandungan (termasuk imej fotografi) yang tersedia untuk anda di atau melalui laman web ini kekal menjadi milik CellLabs atau pemberi lesennya dan dilindungi oleh undang-undang hak cipta dan perjanjian di seluruh dunia. CellLabs dan pemberi lesennya berhak sepenuhnya ke atas hak-hak tersebut.
Anda dibenarkan untuk menyimpan, mencetak, dan memaparkan kandungan yang dibekalkan untuk kegunaan peribadi anda sahaja. Anda tidak dibenarkan untuk menerbitkan, memanipulasi, mengedarkan, atau menduplikasi dalam apa jua format, sebarang kandungan atau salinan kandungan yang dibekalkan kepada anda atau yang muncul di laman web ini, atau menggunakan sebarang kandungan tersebut dalam perniagaan atau perusahaan komersial.
Dengan membuat pesanan, anda bersetuju untuk membeli produk berdasarkan syarat dan ketentuan berikut. Semua pesanan tertakluk kepada ketersediaan dan pengesahan harga pesanan.
Masa penghantaran mungkin berbeza mengikut ketersediaan dan kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kelewatan daripada pihak kurier atau force majeure.
Anda mesti berumur lebih dari 18 tahun dan mempunyai kad kredit atau debit sah dikeluarkan oleh bank yang diterima oleh kami untuk menjalankan urusan jual beli dengan CellLabs. CellLabs berhak menolak sebarang permintaan yang dibuat oleh anda. Jika pesanan anda diterima, kami akan memaklumkan anda melalui e-mel dan akan mengesahkan identiti pihak telah mengikat kontrak dengan anda. Ini termasuk, pada kebiasannya, CellLabs, atau mungkin, dalam beberapa kes, pihak ketiga seperti bank dan lain-lain.
Di mana kontrak dibuat dengan pihak ketiga, CellLabs tidak bertindak sebagai ejen atau prinsipal, dan kontrak dibuat antara anda dan pihak ketiga tersebut dan akan tertakluk kepada terma jualan yang mereka sediakan kepada anda. Semasa membuat pesanan, anda perlu memastikan bahawa semua butiran yang anda berikan kepada kami adalah benar dan tepat, bahawa anda adalah pengguna sahih kad kredit atau debit yang digunakan untuk membuat pesanan, dan bahawa terdapat dana yang mencukupi untuk menampung kos barang tersebut.
Sila maklum bahawa kos produk dan perkhidmatan asing (di luar Malaysia) mungkin berubah. Semua harga yang diiklankan tertakluk kepada perubahan tersebut.
(a) Kontrak Kami
Setiap kali anda membuat pesanan, anda akan menerima e-mel pengesahan penerimaan pesanan anda: e-mel ini hanya akan menjadi pengesahan dan tidak mempamerkan status penerimaan pesanan anda. Kontrak antara kedua-dua pihak tidak akan terbentuk sehingga kami menghantar e-mel pengesahan bahawa barang yang anda pesan telah dihantar kepada anda. Hanya barang yang disenaraikan dalam e-mel pengesahan yang dihantar pada masa penghantaran akan termasuk dalam kontrak yang dibentuk.
(b) Kos Penghantaran
Kos penghantaran akan dikenakan tambahan; caj tambahan tersebut jelas dipaparkan di mana berkaitan dan termasuk dalam ‘Jumlah Kos’, kecuali jika terdapat sebarang potongan yang dinyatakan oleh pihak kami.
(c) Pembayaran
Apabila menerima pesanan anda, kami menjalankan pemeriksaan pengesahan standard pada kad pembayaran anda untuk memastikan terdapat dana yang mencukupi untuk memenuhi transaksi tersebut. Kad anda akan didebitkan (atau dikreditkan) setelah pengesahan diterima. Wang yang diterima apabila kad anda didebitkan (atau dikreditkan) akan dianggap sebagai deposit terhadap nilai barang yang anda ingin beli. Sebaik sahaja barang telah dihantar dan anda telah dihantar e-mel pengesahan, wang yang dibayar sebagai deposit akan digunakan sebagai pertimbangan untuk nilai barang yang anda beli, seperti yang disenaraikan dalam e-mel pengesahan.
Bahan yang dipaparkan di laman web ini disediakan tanpa sebarang jaminan, syarat, atau waranti mengenai ketepatannya. Melainkan dinyatakan secara jelas sebaliknya setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, CellLabs dan pembekalnya, penyedia kandungan, dan pengiklan secara tegas mengecualikan semua syarat, waranti, dan terma lain yang mungkin diimplikasikan oleh statut (statute), undang-undang am (common law), atau undang-undang ekuiti dan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan apa pun, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
- Sebarang kerosakan secara langsung, tidak langsung, khas, berbangkit, hukuman, atau sampingan;
- Kerosakan untuk kehilangan penggunaan, keuntungan, data, atau barang-barang tidak ketara lain;
- Kerugian kepada nama baik atau reputasi;
- Kos untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan ganti yang timbul dari atau berkaitan dengan penggunaan
Setiap butiran termasuk tahap penggunaan, prestasi, atau kegagalan laman web ini atau laman berpaut dan bahan yang diposkan di atasnya, tanpa mengira sama ada kerosakan tersebut dijangka atau timbul dalam kontrak, tort, ekuiti, pemulihan, oleh statut (statute), pada undang-undang am (common law), atau sebaliknya.
Ini tidak mempengaruhi liabiliti CellLabs untuk kematian atau kecederaan peribadi yang timbul dari kecuaian, kesalahan penyataan yang tidak benar, salah penyataan sebagai perkara asas, atau sebarang liabiliti lain yang tidak boleh dikecualikan atau dihadkan di bawah undang-undang yang berkenaan.
Anda boleh melakukan pautan ke halaman utama kami, dengan syarat anda melakukannya secara adil dan sah dan tidak merosakkan reputasi kami atau mengambil kesempatan, tetapi anda tidak boleh mewujudkan pautan ke laman ini selain ke laman utama tanpa kebenaran. Kami berhak menarik balik kebenaran sebarang pautan ke laman ini tanpa sebarang notis.
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, semua orang (termasuk nama dan imej mereka), tanda dagangan (trademark) pihak ketiga dan kandungan, perkhidmatan, dan/atau lokasi yang dipaparkan di laman web ini tidak mempunyai sebarang kaitan, hubungan, atau gabungan dengan CellLabs, dan anda sewajarnya tidak mengakui kewujudan hubungan atau gabungan sedemikian kecuali dinyatakan secara terang-terangan oleh pihak kami.
Sebarang tanda dagangan/nama yang dipaparkan di laman web ini adalah hak milik peribada tanda dagangan tersebut. Jika terdapat rujukan kepada tanda dagangan atau nama jenama, ia hanya digunakan untuk menerangkan atau mengenalpasti produk dan perkhidmatan dan tidak dalam apa-apa cara menyatakan bahawa produk atau perkhidmatan tersebut disokong oleh atau berkaitan dengan CellLabs.
Anda bersetuju untuk mengganti rugi, mempertahankan, dan menjaga CellLabs, pengarah, pegawai, pekerja, perunding, ejen, dan afiliasinya daripada sebarang dan semua tuntutan pihak ketiga, liabiliti, kerosakan, dan/atau kos (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, yuran guaman) yang timbul daripada penggunaan anda terhadap laman web ini atau pelanggaran Terma Perkhidmatan oleh anda.
CellLabs berhak, atas budi bicara mutlaknya, pada bila-bila masa dan tanpa notis, untuk meminda, menghapus, atau mengubah Perkhidmatan dan/atau mana-mana halaman di laman web ini.
Jika mana-mana bahagian daripada Terma dan Syarat ini tidak dapat dikuatkuasakan (termasuk mana-mana peruntukan di mana kami mengecualikan liabiliti kami terhadap anda), kebolehlaksanaan mana-mana bahagian lain daripada Terma Perkhidmatan tidak akan terjejas dengan semua klausa lain kekal berkuat kuasa sepenuhnya. Setakat yang mungkin, di mana mana-mana klausa/sub-klausa atau sebahagian daripada klausa/sub-klausa boleh dipisahkan untuk menjadikan bahagian yang selebihnya sah, klausa tersebut hendaklah ditafsirkan sewajarnya.
Sebagai alternatif, anda bersetuju bahawa klausa tersebut hendaklah diperbetulkan dan ditafsirkan dengan cara yang menyerupai maksud asal klausa/sub-klausa tersebut sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang.
Kami akan cuba untuk menyelesaikan sebarang pertikaian sebaik sahaja isu tersebut timbul dan kami mengendalikan prosedur pengurusan aduan khusus; sila maklumkan kepada kami jika anda mempunyai sebarang aduan atau komen.
Jika anda melanggar syarat-syarat ini dan kami tidak mengambil tindakan, kami masih berhak untuk menggunakan hak dan solusi lain dalam apa-apa situasi di mana anda melanggar syarat-syarat tertera.
Terma Perkhidmatan yang dinyatakan di atas merupakan keseluruhan perjanjian antara semua pihak dan melangkaui semua perjanjian terdahulu dan semasa antara anda dan CellLabs. Sebarang pengecualian terhadap mana-mana peruntukan Terma Perkhidmatan hanya akan berkuat kuasa jika dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh Pengarah CellLabs.